Thursday, April 15, 2010

Perhatian kepada pelajar LM 2009/2010

1. SOAL SELIDIK
Satu soal selidik tentang Latihan Mengajar sedang diedarkan kepada guru-guru pelatih. Sila jawab secara individu dan serahkan kepada KETUA KUMPULAN masing-masing. Ketua Kumpulan diminta mengepos kembali menggunakan sampul surat yang disediakan dengan kadar segera.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr. Ahmad Zamri Khairani 019-5492525
Dr. ZOHIR


2. 'Peluang Melanjutkan Pelajaran di Peringkat Sarjana [Masters] di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP)'

Sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat khas untuk semua pelajar tahun akhir PPIP bertajuk 'Peluang Melanjutkan Pelajaran di Peringkat Sarjana [Masters] di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP)' akan diadakan pada:

Tarikh : 20 April 2010 [Selasa]
Masa : 4 - 5 petang
Tempat : Bilik Persidangan, PPIP

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang sedang menjalani Latihan Mengajar dijemput hadir ke taklimat tersebut. Pelajar-pelajar diminta untuk membuat pengesahan kehadiran mereka melalui emel kepada setiausahaRIT@gmail.com
.

Sekian, kerjasama tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.


"KECEMERLANGAN PPIP AMANAH KITA BERSAMA"


b/p Prof. Madya Dr. Hairul Nizam Ismail
Timbalan Dekan
[Pengajian Siswazah & Penyelidikan]