Monday, October 25, 2010

[PENGUMUMAN] Pertukaran Zon Pilihan Latihan Mengajar 2011

Pelajar-pelajar Tahun Akhir yang TELAH mendaftar untuk ZON 6 hingga ZON 10 sama ada sebagai pilihan pertama atau pilihan kedua atau kedua-duanya DIMINTA datang ke Pejabat Am PPIP untuk membuat pindaan zon pilihan baru. Pelajar yang pilihan pertama dan pilihan keduanya adalah dalam ZON 1 hingga ZON 5 TIDAK PERLU datang untuk membuat pindaan. Pilihan zon baru sama ada untuk pilihan pertama atau pilihan kedua adalah untuk ZON 1 hingga ZON 5 sahaja. Walau bagaimanapun KEPUTUSAN MUKTAMAD adalah ditentukan oleh PPIP.

Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama anda SANGAT diharapkan.


Dr. Mohammad Zohir b. Ahmad
Pengerusi Rancangan Latihan Mengajar & Praktikum
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan