Monday, December 20, 2010

Penempatan Latihan Mengajar Semester II 2010/2011.

Penempatan Latihan Mengajar Semester II 2010/2011.
Penempatan ini adalah muktamad. Pelajar diharap akur dengan penempatan ini. Surat rasmi akan diberi kepada pelajar pada hari Isnin 27 Disember 2010 dan pelajar perlu menyerahkannya kepada pihak pengurusan sekolah mulai 28 Disember 2010. Pelajar boleh mendapat maklumat awal daripada pihak sekolah mulai sekarang dengan cara yang berhemah. Urusan mendapatkan rumah sewa / penginapan perlu diurus sendiri oleh pelajar BUKANNYA meminta pihak sekolah mengurus/mendapatkannya.

Sehubungan itu, satu taklimat akan diadakan pada Isnin 27 Disember 2010. Masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian melalui blog ini. Buku persediaan mengajar boleh dibeli di pejabat am mulai sekarang. Pelajar diminta mendapat surat-surat rasmi berkaitan di pejabat PPIP pada 27 Disember 2010 sebelum taklimat diadakan.

Berikut merupakan senarai penempatan dan senarai sekolah untuk Latihan Mengajar:
Senarai Penempatan Pelajar Pendidikan Khas
Senarai Penempatan Pelajar Sains, Sastera & TESOL Zon 1,2 & 3
Senarai Penempatan Pelajar Sains, Sastera & TESOL Zon 4 & 5
Senarai Sekolah Untuk Latihan Mengajar

Dr. Mohammad Zohir b. Ahmad @Shaari
Pengerusi Rancangan Latihan Mengajar & Praktikum
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

p/s: update sebab doc berat nak buka.