Thursday, September 10, 2009

Serba Sedikit Tentang Hari Interaksi PIP

Pada 19 julai yang lalu telah berlangsunglah Hari Interaksi PIP di DKSK2. Seramai 218 peserta terdiri daripada pelajar tahun pertama PPIP telah mengambil bahagian . Majlis dirasmikan Dekan PPIP, Professor Dr Abdul Rashid Mohamed dan turut dihadiri oleh Professor Dr. Munirah Ghazali selaku Timbalan Dekan PPIP. Pada sesi pagi aktiviti yang berkonsepkan LDK telah dijalankan. Manakala pada waktu petang pula aktiviti Explorace telah dijalankan. Berikut merupakan antara gambar aktiviti beserta peserta ketika aktiviti dijalankan. Moga jumpa lagi di Projek-projek yang akan datang.