Monday, September 14, 2009

GOTONG ROYONG PERDANA PPIP

Majlis Gotong Royong Perdana PPIP telah berlangsung pada 2 ogos 2009. Selain ahli persatuan ilmu pendidikan , staff dan pensyarah PPIP juga turut menjayakan gotong royong ini. Program ini turut mendapat sokongan penuh Dekan dan Timbalan Dekan PPIP. Para pelajar dan warga PPIP telah berkumpul seawal jam 800 pagi dan majlis dimulakan dengan ucapan perasmian dari Dekan , Professor Dr. Abdul Rashid Mohamed. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah seperti menanam pokok, mengecat, memasak dan membersihkan kawasan sekitar PPIP. Program berakhir dengan jamuan makan tengah hari yang juga telah disediakan secara bergotong royong.