Bertempat di E48b ,pada 13 September 2009 berlangsungnya Bengkel Bahasa Isyarat yang julung-julung kalinya diadakan oleh Persatuan Ilmu Pendidikan. Objektif utama bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan keunikan dan keistimewaan bahasa Isyarat itu sendiri di kalangan mahasiswa dan mahasiswi USM. Seramai 116 orang peserta telah mendaftar yang terdiri daripada pelbagai pusat pengajian .Bengkel ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan iaitu Proffesor Dr. Munirah binti Ghazali. Antara perisian yang terdapat dalam projek ini adalah ceramah ‘Mengenali Bahasa Isyarat’, aktiviti bersama fasilitator,tayangan multimedia dan sebagainya. Bengkel ini diakhiri oleh persembahan daripada fasi yang cukup ‘sporting’.