Wednesday, October 14, 2009
Delegasi UUM ke USM.....
InsyaALLAH pada 16/10 akan datang (jumaat) delegasi dari UUM akan datang ke USM. Tujuan kedatangan adalah bersempena dengan gelaran APEX yang diperolehi USM . Pada hari tersebut kami ada menganjurkan ceramah dan diskusi bertempat di DK A. Ceramah tentang Pengenalan Pendidikan di USM akan disampaikan oleh Timbalan Delan kita sendiri Prof. Munirah. Diskusi pula ahli panelnya terdiri daripada gabungan pensyarah dan pelajar kedua-dua buah universiti . Tajuk yang akan dibincangkan ialah tentang Cabaran Profesionalisme Guru Zaman Moden. Selain itu ia akan turut menyentuh tentang isu semasa bidang pendidikan contohnya tentang berita "pembekuan posting" yang hangat diperkatakan sekarang. Jadi kepada para pelajar yang berminat boleh la menghadirkan diri pada pagi tersebut. Delegasi ini juga akan melawat beberapa tempat di USM seperti PHS 1 & 2 dan muzium.