Sunday, October 18, 2009

Sekitar BPLM

Ini adalah antara gambar-gambar pada hari BPLM berlangsung. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Munirah kerana sudi merasmikan progaram ini dan tidak lupa juga kepada kedua-dua penasihat PIP iaitu Dr. Fadzilah Amzah dan Dr. Jamalsafri Saibon kerana sudi datang. Pengisian BPLM ini mengandungi 4 slot . Slot pertama disampaikan oleh Dr. Shuki, slot kedua berkisar tentang pahit manis Latihan Mengajar melibatkan dua panel yang terdiri daripada pelajar senior yang telah berpengalaman menjalani LM. Slot seterusnya disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nor Hasyimah Hashim mengenai teknik berkesan LM dan yang terakhir Slot Diskusi mengenai Hala Tuju Bakal Guru. Slot ini dikendalikan saudara Azmi Md. Said dan panelnya terdiri daripadaProf. Madya Ishak Ramly, Pn, Toumah(pengetua ) dan Saudara Mohd. Fadzly. Bengkel ini berlangsung dari 800 pagi sehinggalah 5 petang . Diharapkan pelajar-pelajar tahun akhir yang terlibat dalam bengkel ini beroleh manfaatnya dan kami dari pihak PIP sendiri akan cuba mempertingkatkan kualiti bengkel ini pada masa akan datang. Buat semua pelajar tahun akhir selamat menjalani Latihan Mengajar dan bergelar seorang guru.


banner BPLM

terima kasih Prof.



Diskusi "Hala Tuju Bakal Guru"





Selamat Berjaya Cikgu!