Thursday, December 31, 2009

PERSEDIAAN SEBELUM 4 JANUARI

1. Sila hubungi rakan-rakan yang ditempatkan dalam satu sekolah melalui no. H/P mereka - rujuk Senarai Penempatan.
2. Sila lantik seorang KETUA KUMPULAN bagi berurusan dengan pejabat PPIP pada 4 Januari, bagi mengelakan berlaku kesesakan.
3. Ketua Kumpulan akan bertindak:
  • Mengambil dokumen untuk diserahkan kepada sekolah pada hari lawatan awal.
  • Membeli buku Rancangan Pengajaran (Harga akan diberitahu esok).
  • Menghubungi sekolah untuk mengadakan lawatan awal.
  • Menghubungi Penyelia bagi menetapkan perjumpaan pertama di sekolah.
3. Sekiranya agihan sempat dibuat, anda dapat berjumpa dengan Penyelia pada 4 Januari selepas taklimat. Jika tidak, senarai penyelia akan diletak dalam blog ini.

AKHIR KALAM: Saya ingin memohon maaf sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan anda dalam mendapatkan penempatan latihan mengajar kali ini, kerana sebahagian daripada keputusan berkaitan dengannya berada diluar bidang tugas dan kuasa saya. Mulai 1 Januari 2010 seorang pensyarah lain akan dilantik oleh Dekan untuk mengendalikan urusan latihan mengajar sehingga anda tamat latihan. Selamat maju jaya.


IKLAN PERCUMA: PADA HARI TAKLIMAT AKAN DIADAKAN JUALAN ALAT BANTU MENGAJAR SEPERTI CARTA, MODEL DSB. SILA BAWA WANG MENCUKUPI (ANTARA RM50.00 - RM100.00). JUALAN INI ADALAH OLEH SYARIKAT LUAR, TIADA KAITAN DENGAN PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN.