Thursday, January 7, 2010

BUKU RANCANGAN MENGAJAR

Saya mohon maaf kerana tidak dapat menyediakan buku yang secukupnya untuk anda beli dan gunakan dalam LM kali ini. Lebih-lebih lagi kepada anda yang datang ke PPIP hanya untuk mendapatkan buku tersebut.

Pihak PPIP telah kehabisan stok buku tersebut dan tidak dapat mendapat stok baru daripada pembekal dalam masa terdekat.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membenarkan anda menggunakan buku rancangan mengajar yang dijual di sekolah dimana anda ditempatkan dan menggunakan buku tersebut sehingga habis muka suratnya.

PPIP akan mendapat stok baru dalam bulan FEBRUARI akan datang. Saya akan maklumkan dalam blog ini apabila stok baru sampai.