Monday, January 11, 2010

PENGUMUMAN PENTING

Dr. Mohd Zohir Ahmad@Shaari telah dilantik oleh Naib Canselor USM sebagai Pengerusi Rancangan Latihan Mengajar & Praktikum, berkuatkuasa 1 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2012. Beliau menggantikan PM Dr. Shuki Osman yang dilantik sebagai Timbalan Dekan Akademik & Pembangunan Pelajar bagi tempoh yang sama. Semua urusan mengenai latihan mengajar Semester II 2009/2010 akan dikendalikan oleh beliau sehingga tamat sesi latihan.